Kes perbicaraan Zaki_Azmi

Pada 16 Oktober 2008, Presiden Mahkamah Rayuan , Tan Sri Zaki Azmi melepaskan bekas pengawal keselamatan Mohd. Abbas Danus Baksan (52) daripada hukuman mati kerana wujud pihak ketiga dalam pembunuhan mangsa. Tan Sri Azmi , Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Aziz Mohamad bagaimanapun sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan 24 kali terhadapnya atas kesalahan merogol Nurul Huda antara pukul 9.20 pagi dan 1 petang, 17 Januari 2004, di pondok pengawal pencawang masuk utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, dekat Johor Bahru, Johor.[10]Kehadiran pihak ketiga itu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan penemuan kesan air mani pada sehelai tikar yang dijumpai di luar pondok pengawal itu.

Rujukan

WikiPedia: Zaki_Azmi http://malaysianjudges.blogspot.com/2007/09/umnos-... http://www.malaysiakini.com/news/91404 http://www.malaysiakini.com/news/91714 http://groups.yahoo.com/group/beritamalaysia/messa... http://www.bharian.com.my/articles/Alasanpenghakim... http://www.bharian.com.my/articles/MindaPengarang_... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pleabar... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sayatid... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakiakh... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Zakitep...